fbpx

Kerja naik taraf infrastruktur awam bernilai RM30 juta selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Azhan (tengah) menurunkan tanda tangan sempena melancarkan pembukaan jambatan Sunway Serene di Multipurpose Hall Serene, Petaling Jaya, hari ini

PETALING JAYA – Pembukaan jambatan Sunway Serene di Petaling Jaya menandakan tamatnya fasa terakhir kerja-kerja naik taraf bernilai RM30 juta oleh Kumpulan Sunway.

Perbelanjaan itu merangkumi pembinaan longkang sepanjang 500 meter (m) sepanjang Jalan SS7/1 dan SS7/3, kawasan pejalan kaki dengan kelebaran 1,800 milimeter (mm) serta menaik taraf Jalan SS8/2 dari dua ke tiga lorong.

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md. Amir, komitmen Kumpulan Sunway dalam membangunkan bandar pintar sejajar dengan matlamat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar rendah karbon.

“Kini, MBSJ juga memberi tumpuan kepada sebarang inisiatif yang menggalakkan pengasimilasian elemen pintar, inklusif, rendah karbon dan mesra kanak-kanak dengan sasaran untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin bandar.

“Kami juga mengalakkan ekonomi kitaran atau ‘circular economy’, ke arah mencapai status komuniti 5.0 dengan sistem e-pentadbiran yang cekap,” katanya ketika ditemui di Majlis Pembukaan Jambatan Sunway Serene, di sini, hari ini.

Tambah Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah, Kumpulan Sunway akan terus memperkenalkan bandar rendah karbon di bawah portfolio mereka, sejajar dengan komitmen negara untuk mencapai ekonomi neutral karbon pada tahun 2050.

“Kumpulan Sunway merupakan syarikat pertama di Malaysia yang memperkenalkan strategi dalaman untuk mencapai matlamat tersebut.

“Bagaimanapun, pembinaan masa depan yang mampan memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua orang. Dengan kerjasama yang terjalin, kita dapat mencapai sasaran pelepasan karbon sifar menjelang 2050,” kata Jeffrey. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI