fbpx

PRN: Kos pelaksanaan cecah RM420 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani mengumumkan tarikh-tarikh penting sempena PRN di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAPA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kos melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM420 juta selain melibatkan jumlah pusat mengundi sebanyak 3,450 buah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, seramai 153,760 petugas juga bakal dilantik bagi mengendalikan PRN kali ini.

“Manakala, sebanyak 3,190 buah pusat mengundi biasa mengandungi 17,048 saluran dan 260 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal turut digunakan.

“Selain itu, sebanyak 173 Pusat Penamaaan Calon (PPC) dan 186 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) juga bakal digunakan,” katanya pada sidang akhbar khas di sini tadi.

Terdahulu, Abdul Ghani mempengerusikan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI