fbpx

Kerajaan diminta kekal kenaikan pencen sehingga pelarasan gaji baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat.

PETALING JAYA – Kerajaan diminta untuk mengekalkan kenaikan pencen sebanyak 2 peratus setahun selain menyegerakan pelarasan gaji bagi kakitangan awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya berharap agar kerajaan tidak menarik semula pembayaran kenaikan pencen sebanyak 2 peratus yang telah dibuat sejak 2013.

“Pembayaran itu telah dinikmati oleh pesara dan jumlah tersebut tidaklah terlalu besar untuk mereka yang kebanyakannya tergolong dalam kumpulan M40 dan B40.

“Cuepacs mencadangkan kenaikan pencen pesara kerajaan itu dikekalkan sehingga kerajaan melaksanakan pelarasan gaji baharu bagi penjawat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah.

Kata Adnan, berdasarkan keputusan itu, pesara kerajaan tidak akan menerima manfaat selagi mana semakan gaji sektor awam tidak dilakukan.

Bagaimanapun, Adnan menegaskan adalah tidak wajar setiap kemudahan yang dinikmati pesara ditarik semula tanpa digantikan dengan inisiatif yang lebih baik.

“Ia mungkin boleh dikekalkan melalui bentuk pemberian lain seperti insentif sara hidup berbanding dihentikan serta merta.

“Cuepacs berharap kerajaan akan menyegerakan pelarasan gaji sekali gus memberi manfaat kepada pesara kerajaan kerana semakan gaji sudah terlalu lama tidak dilakukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI