fbpx

KDN serah nama pegawai JPN minta sogokan kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar khas di Kementerian Dalam Negeri hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan nama seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dipercayai meminta sejumlah wang setelah permohonan kewarganegaraan diluluskan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, nama individu terbabit dikenal pasti berdasarkan aduan yang dibuat terus kepada beliau.

“Saya kenal pegawai yang terbabit kerana dihubungi terus oleh pengadu berkaitan tindakan pegawai itu yang meminta sejumlah wang yang besar. Permohonan kewarganegaraan tersebut telah diluluskan dan untuk menyampaikan berita kelulusan itu, dia menagih sejumlah wang.

“Saya akan beri nama pegawai ini kepada SPRM selepas sidang media ini dan juga telah menghubungi Tan Sri Azam Baki. Jadi, kita serah kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya menerusi sidang media khas di sini hari ini.

Kelmarin, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, dua jabatan di bawah KDN iaitu Jabatan Imigresen dan JPN sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut Anwar, beliau menerima maklumat ada unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warganegara dikenakan bayaran tertentu oleh mereka yang layak mendapat status kewarganegaraan.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI