fbpx
ANAK-ANAK perlu dididik dengan budaya berjimat dan hanya berbelanja bagi keperluan penting seperti makanan dan minuman. – GAMBAR HIASAN

Ajar anak berjimat, belanja ikut kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Wang saku RM10 sehari yang diberikan kepada anak-anak setiap hari sudah memadai dan cukup untuk dibelanjakan pada waktu rehat bagi mereka yang bersekolah di kawasan bandar atau kota metropolitan.

Penganalisis ekonomi dari Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, amaun tersebut sudah mencukupi memandangkan harga makanan yang dijual di kantin sekolah ketika ini adalah paling minimum dan berpatutan.

Bagaimanapun katanya, sikap berjimat-cermat perlu disemai dalam diri anak-anak dan ibu bapa juga boleh menyediakan bekalan minuman serta makanan kepada anak masing-masing.

“Sepatutnya RM10 sudah cukup kerana pihak sekolah te­lah memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah adalah pada harga rendah dan berpatutan.

“Ibu bapa harus mempunyai pengetahuan pengurusan kewangan yang mencukupi untuk membolehkan mereka mengurus kewangan isi rumah termasuklah belanja anak-anak dan persekolahan mereka,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, ibu bapa juga seharus­nya mengawasi pendapatan dan perbelanjaan bulanan isi rumah supaya memperoleh pendapatan lebih guna (disposable income) setiap bulan.

“Jika ada pendapatan lebih guna setiap bulan, maka mereka hanya perlu memastikan pendapatan lebih guna itu sentiasa diperoleh setiap bulan. Jika sebaliknya, mereka harus berusaha meningkatkan pendapatan.

“Mungkin melalui peningkatan kemahiran supaya mampu mendapatkan pekerjaan dengan kadar gaji lebih kompetitif.

“Pada masa yang sama, ibu bapa juga harus mengawal per­belanjaan bulanan dengan ber­belanja mengikut kemampuan, secara berhemah dan tidak mengambil hutang baharu,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN