fbpx

Yakin dua negeri tukar status gabungan PH-BN pada PRN – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Dua negeri di bawah pembangkang akan bertukar status menjadi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berdasarkan kajian yang dilakukan selain optimis mampu mempertahankan tiga negeri yang dimiliki PH dan BN iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

Namun, beliau tidak mendedahkan dua negeri berkenaan dan ia akan diberitahu pada masa akan datang.

“Kalau dari segi PH dan BN (kerajaan perpaduan) ini kita tentu tumpu kepada enam negeri tetapi InshaAllah dengan perkembangan sekarang dengan kajian yang dibuat saya lihat tiga negeri itu boleh bertahan dan kita boleh menjurus kepada dua negeri lagi,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, berhubung pembahagian kerusi PH dan BN, Pengerusi PH itu berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan perkara tersebut telah diselesaikan.

“Perbincangan saya dan dia (Ahmad Zahid) sudah selesai…kita beri ruang juga kalau ada pandangan yang dikemukakan kepimpinan negeri sama ada PH atau BN,” ujarnya.

Tambahnya, beliau turut memberitahu sehingga kini tiada pertindihan kerusi berlaku diantara kedua-dua parti berkenaan.

Anwar juga turut memaklumkan satu perhimpunan akan diadakan di Selangor pada Jumaat ini bagi melancarkan jentera PRN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI