fbpx

Pertama kali, SRK berlakon dengan anak gadis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhana yang juga anak gadis Shah Rukh Khan meraih pujian apabila lakonan pertamanya sebagai tunjang utama filem The Archiesu tidak mengecewakan.

NAMA Suhana yang juga anak gadis Shah Rukh Khan meraih pujian apabila lakonan pertamanya sebagai tunjang utama, The Archiesu langsung tidak mengecewakan.

Tidak perlu menunggu lama, anak kedua aktor tersohor itu terus disambar pengarah terkenal, Sujoy Ghosh yang pernah tampil dengan buah tangan hebat seperti Kahaani, Kahaani 2 dan Badlaa.

Menariknya, Suhana bakal digandingkan dengan bapanya sendiri dalam penerbitan yang dikatakan lain dari lain tersebut.

Andai direalisasikan, naskhah tersebut juga bakal menjadi sebuah produksi mega kerana diterbitkan Red Chillies Entertainment yang juga penerbit filem ‘box office’, Pathaan.

Menurut Siddharth Anand yang juga orang kuat rumah produksi tersebut, gandingan Suhana dan Shah Rukh Khan adalah bersandarkan permintaan ramai.

Sebelum ini Raja Bollywood itu pernah menjayakan filem pertama anak sulungnya, Aryan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI