fbpx

JPN tidak pernah lantik ejen, orang tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik ejen ataupun orang tengah untuk sebarang urusan.

Ketua Pengarah JPN, Zamri Misman berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak mempercayai sebarang tawaran perkhidmatan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mengenakan sebarang bayaran.

“Maklumat mengenai prosedur permohonan dan bayaran-bayaran yang dikenakan boleh dirujuk di portal rasmi JPN.

“Orang ramai juga boleh jadir ke mana-mana 212 pejabat JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Zamri berkata, pihaknya kekal komited menangani gejala rasuah di peringkat jabatan dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen-dokumen pengenalan diri secara berterusan.

“JPN telah mengadakan pelbagai program pengukuhan integriti kakitangan bagi memastikan tiada sebarang ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Adalah menjadi prinsip JPN yang sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kakitangan Jabatan ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zamri berkata pihaknya mengambil serius terhadap beberapa laporan akhbar baru-baru ini berhubung amalan rasuah dan salah guna melibatkan jabatan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI