fbpx

Ahmad Zahid tak buat muka, hanya jalani pembedahan mata – Nurulhidayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang melalui fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan mata.

Perkara itu dimaklumkan anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah yang menjawab pertanyaan orang ramai mengenai perubahan wajah bapanya yang dilihat baru-baru ini.

Sebelum ini, penampilan Ahmad Zahid mencetuskan persoalan apabila beliau mengenakan kaca mata hitam ketika hadir untuk beberapa program sejak bulan lalu.

“Saraf mata dia tak berfungsi, sebab itu mata dia jadi jatuh. Buat muka buat apa, bukan ‘Super Star pun’.

“Kalau sampai mudarat sebab saraf mata, kena la buat sesuatu. Tapi biasa la orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, terdapat pengguna yang memuji kesungguhan Ahmad Zahid untuk terus aktif bekerja meskipun tahap kesihatannya belum pulih sepenuhnya.

Justeru, Nurulhidayah berkata, sebagai tokoh politik dan pekerja kerajaan, ia merupakan tanggungjawab yang perlu digalas tanpa keluhan.

“Jadi orang politik dan pekerja kerajaan mana boleh nak cuti lama-lama. Tanggungjawab besar. Selain dia pikul tanggungjawab yang diamanahkan, kerja dia sahaja memang amanah dari Allah. Jadi kena lah kuat semangat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI