fbpx

Tragedi kepala air: Dua lagi mayat ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Muhammad Haziq Ziqree di Sungai Teladas, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Dua mayat mangsa tragedi kepala air Jeram Mawar, Air Putih dekat sini berjaya ditemui setakat ini sebentar tadi.

Mayat Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dipercayai ditemui pasukan mencari dan menyelamat di sektor kedua iaitu berhampiran Sungai Teladas di sini pada pukul 11.05 pagi.

Seorang lagi mayat kanak-kanak perempuan pula dipercayai dijumpai tidak jauh dari lokasi penemuan Muhammad Haziq Ziqree pada 11.25 pagi.

Begitupun, identiti mayat masih belum dikenal pasti sama ada Puteri Aryana Umairah, 4, atau Puteri Nurerina Natasya, 10.

Jarak penemuan kedua-dua mayat dengan lokasi kejadian dianggarkan lebih 15 kilometer.

Usaha untuk membawa keluar kedua-dua mangsa sedang dilakukan pasukan mencari dan menyelamat.

Kosmo! Online semalam melaporkan 10 mangsa termasuk sembilan sekeluarga dihanyutkan arus deras ekoran fenomena kepala air sewaktu berkelah di Jeram Mawar.

Dua mayat iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anak keempatnya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 masing-masing ditemui pada pukul 12.45 tengah hari dan 5 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI