fbpx

‘TikToker’ perdaya orang tua, minta RM1,800 untuk ‘review’ makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran @alikiwi di laman TikTok miliknya.

PETALING JAYA – Seorang wanita berasa tertipu apabila perlu membayar RM1,800 untuk sebuah ‘review’ daripada seorang pempengaruh terkenal.

Menurut hantaran @alinkiwi di laman TikTok, pempengaruh tersebut mendekati ayahnya dan memperkenalkan diri sebagai seorang ‘TikTok famous’ dan mahu membuat kandungan di TikTok mengenai makanan di restoran milik bapa wanita tersebut.

“Ayah saya memang ada restoran. Jadi, ada seorang TikToker yang datang dan hendak buat ‘review’ makanan.

“Ayah saya cakap boleh, silakan buat ‘review’. Kami faham, jika ada restoran yang menyediakan makanan yang sedap, pasti ada pempengaruh yang akan datang untuk buat ‘review’ makanan,” katanya.

Bagaimanapun, pempengaruh tersebut meminta bayaran sebanyak RM1,800 sebagai upah untuk ‘review’ makanan tersebut.

“Apabila ayah saya tanya mengapa kena bayar, katanya untuk dia ‘viralkan’ (tularkan) di TikTok. Selepas itu, ‘TikToker’ tersebut memberikan ‘diskaun’ dan menurunkan harga kepada RM1,500.

“Dia (pempengaruh) tidak sepatutnya minta duit untuk buat ‘review’. Selalunya, pelanggan sedia ada yang datang akan viralkan (tularkan) sendiri,” katanya.

Menurut wanita itu, restoran bapanya sebelum ini pernah didatangi beberapa orang pempengaruh tetapi mereka tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk membuat kandungan di platform mereka sendiri.

“Saya sendiri tidak pasti berapa ‘followers’ pempengaruh tersebut, tetapi memang tidak masuk akal jika dia tiba-tiba mendekati ayah saya dan menyuruhnya bayar RM1,800 untuk satu ‘review’.

“Lagipun, saya juga seorang ‘TikToker’. Saya tahu ‘followers’ saya tak ramai tetapi saya boleh buat ‘review’ kedai makan ayah saya sendiri,” katanya.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah menerima hampir 22,500 tanda suka dan 1,073 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI