fbpx

Pindaan kewarganegaraan: KPWKM ambil perhatian kegusaran NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NANCY Shukri (kiri) bermesra dengan seorang OKU pada Majlis Perasmian Program Persidangan PPDK Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

SEREMBAN – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bertindak sebagai orang tengah bagi memastikan kanak-kanak terpinggir atau terbuang mendapat perlindungan sewajarnya melalui cadangan pindaan kewarganegaraan yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pertemuan akan diadakan antara pihak NGO dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa terdekat bagi membincangkan kesan cadangan pindaan tersebut.

“Saya telah bercakap dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini memandangkan saya banyak menerima respon daripada pihak NGO yang minta membantu dalam hal kebajikan kanak-kanak ini.

“Saifuddin amat responsif dan apabila mendengar maklum balas NGO, beliau menyatakan KDN akan mengadakan ‘engagement’ (libat urus) dengan NGO tertentu di negara ini dalam masa terdekat (bagi membincangkan semula pindaan),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Peringkat Kebangsaan 2023.

Perbincangan itu mengenai cadangan KDN yang didakwa akan memansuhkan peruntukan Seksyen 1(e) dalam Jadual Kedua, Bahagian II Perlembagaan Persekutuan berkenaan Perkara 14(1)(b).

Seksyen itu menyatakan setiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara selain menurut kuasa perenggan tersebut.

Jelas Nancy, pada masa sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan cadangan tersebut kepada Majlis Raja-Raja dan diharapkan kebajikan kanak-kanak terpinggir atau terbuang mendapat pembelaan sewajarnya.

“Kita masih ada masa..saya harap ada perkembangan baharu melalui sesi perjumpaan itu. Saya mahukan yang terbaik bagi melindungi kanak-kanak ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nancy berkata, sehingga April 2023 terdapat 564 buah PPDK di seluruh Malaysia yang memberi manfaat kepada 18,760 orang kelainan upaya (OKU) dan 5,144 penyelaras dan petugas. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI