fbpx

Penerokawati dilibas parang, disamun ketika tinggal sendirian di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENEROKAWATI tersebut yang mengalami cedera selepas dilibas parang dalam kejadian samun di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Seorang penerokawati cedera selepas dilibas parang dalam kejadian samun berlaku di rumahnya Felda Air Tawar 4, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, ketika kejadian mangsa warga emas berusia 50-an itu tinggal bersendirian di rumah.

Menurut Hussin, pihak polis balai Teluk Sengat menerima laporan kejadian itu pada pukul 3.31 petang.

“Kejadian berlaku kira-kira 12.40 tengah hari semasa mangsa tidur di bilik, suspek bertopeng telah masuk ke dalam rumah dengan membawa sebilah parang dan cuba menekup mangsa hingga terjatuh ke lantai.

“Lalu berlaku pergelutan hingga suspek bertindak melibas parang dan terkena di bahagian dagu mangsa mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan
luka pada bahagian dagu.

“Ketika kejadian suspek sempat merentap seutas rantai tangan emas yang dipakai oleh mangsa lalu terus melarikan diri. Mangsa mengalami kerugian lebih kurang RM3000,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek diminta menyalurkan dan menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Esmal Fhahmie Abd Malek di talian 017-7183778 atau menghubungi pihak polis IPD Kota Tinggi di talian 07-8831222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI