fbpx

JKNJ diminta hantar laporan kes kematian suami isteri makan ikan buntal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuai Sin (kiri) meninggal dunia selepas 15 hari dirawat di ICU HEBHK, Johor Bahru akibat keracunan memakan ikan buntal.

BATU PAHAT – Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang dan JKNJ telah diminta menghantar laporan tentang perkembangan kertas siasatan kes warga emas yang maut kerana makan hidangan ikan buntal di daerah Kluang Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, siasatan berhubung kejadian itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP), untuk tindakan lanjut pada penghujung Mei lalu.

Bagaimanapun sehingga kini, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak DPP.

“Saya mengambil maklum, sidang media waris pasangan warga emas terbabit di Kluang. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang dan JKNJ telah diminta menghantar laporan tentang perkembangan kertas siasatan kes tersebut.

“Saya dimaklumkan siasatan oleh PKD Kluang telah selesai dan laporan telah dihantar ke JKNJ. Seterusnya JKNJ sudah menghantar laporan terbabit kepada DDP agar tindakan selanjutnya dapat diambil. Namun, belum ada sebarang maklum balas daripada pihak pendakwaan. Saya harap tindakan undang-undang dapat diteruskan secepat mungkin,” katanya pada sidang akhar selepas mengadakan lawatan di Klinik Kesihatan Ayer Hitam di sini hari ini.

Sementara itu, Tian Soon mengakui wujud kekangan dari segi akta kerana terdapat dua akta berbeza iaitu Akta Makanan 1983 dan Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1972 tentang larangan penjualan ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya.

“Seharusnya ada penambahbaikan dari segi akta tersebut. Saya pernah suarakan perkara tersebut dalam mesyuarat Exco bersama Menteri Kesihatan sebelum ini.

“Sewajarnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai kuasa mutlak untuk ambil tindakan. Pada masa sekarang, terdapat percanggahan antara KKM dan Jabatan Perikanan.

“Oleh itu, saya minta KKM tambah baik akta sedia ada supaya penguatkuasaan lebih jelas dan tindakan dapat diambil tanpa pertindahan kuasa jabatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI