fbpx

Pemandu van lawan arus ada rekod jenayah, waran tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah van yang dipandu secara melawan arus selepas terlibat kemalangan di Jalan Ampang, semalam.

AMPANG JAYA – Seorang pemandu van yang memandu secara melawan arus dan merempuh empat kenderaan ketika cubaan melarikan diri selepas terlibat kemalangan di Jalan Ampang, ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail, berkata, pihaknya terkesan sebuah video tular di media sosial memaparkan kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati telah berlaku satu kemalangan di Jalan Besar Ampang melibatkan lima kenderaan pada pukul 12.14 tengah hari, semalam.

“Kemalangan berlaku apabila suspek dipercayai cuba melarikan diri selepas melanggar sebuah kenderaan di Jalan Ampang kerana dikejar orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Suspek kemudian yang memandu secara melawan arus telah melanggar empat kenderaan lain sebelum melarikan diri melalui jalan belakang kedai Pekan Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azam berkata, kemalangan terbabit menyebabkan kerosakan kepada semua kenderaan terlibat, namun tiada kecederaan dialami pemandu.

Susulan itu, katanya, suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 40-an telah ditahan selepas hadir membuat laporan di Balai Trafik Ampang Jaya.

“Ujian saringan air kencing adalah negatif dan suspek telah dibawa ke Hospital Ampang untuk mengambil sampel darah bagi tujuan pemeriksaan kandungan alkohol.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau, tujuh rekod saman trafik tertunggak dan dua waran tangkap trafik,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 54 APJ 1987 dan Seksyen 42(1) APJ 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI