fbpx

Kuasa netizen, siapa teracun, siapa untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“Media tak patut tanya soalan sensitif. Wartawan mana ada kisah, janji ada bahan cerita. Media patut dilatih semula, jangan tanya soalan peribadi. Wartawan keterlaluan, boleh tak tanya soalan pasal karier sahaja.”

Dalam ribuan komen, itu baru sedikit. Begitulah situasi yang perlu dihadap apabila sesuatu berita yang dekat di hati khalayak tersiar, terutama jika melibatkan berita kematian, perkahwinan, soal anak atau jodoh.

Pendek kata, hal yang berlaku kepada semua orang tak kiralah status sosialnya, level marhain atau ‘kayangan.’

Bukan artis, bintang sukan, orang kenamaan, penjenayah atau sampah masyarakat sahaja dihina, bahkan media tidak terkecuali.

Kalau ‘teracun’ dan terikut emosi dengan debat netizen dalam sesuatu isu, siapa pun akan terjebak dan mudah juga ikut menjadi tukang komen paling bijak, tapi bijak dalam acuan dia sendiri sahaja.

Orang lain, semuanya tak pandai, termasuk media yang siarkan cerita dianggap tak molek bagi mereka. Itulah netizen hari ini, penyumbang terbesar ketamadunan dan pulangan arus pendigitalan dunia, termasuklah di Malaysia.

Mereka (netizen) bukan tak bijak, tetapi apabila tepat sesuatu isu menerjang jantung, mulalah masing-masing beremosi dengan hujah. Dalam konteks audiens dan sasaran media, itu bagus! Namun dalam konteks kesantunan dan etika kemanusiaan, itu toksik.

Sibuk menuding jari menghina corak kerja orang lain, namun dalam masa sedang menikmati hasil daripada pekerjaan yang dianggap tidak beretika itu, tak adil begitu.

Cara terbaik untuk mengelak daripada teracun sama dalam jemaah toksik adalah dengan mengelakkan diri daripada membaca perkara-perkara yang menjatuhkan motivasi, itu pesan yang boleh dikongsikan kepada generasi muda yang teringin memasuki dunia media pada masa akan datang.

Sebagai orang yang sudah berdekad dalam industri media, penulis cuma mahu berterima kasih kepada netizen kerana menjadi sebahagian daripada penyokong dunia media arus digital ketika ini.

Kalau artis tanpa peminat, siapalah mereka, begitu juga dengan media. Kalau tanpa khalayak pembaca (itu dahulu), sekarang kita sebut, kalau tanpa netizen, untuk apalah media kerana setiap yang disiarkan pasti terbiar sepi tanpa interaksi mahupun respons kalian semua.

Jadi , sealiran tuntutan semasa dan keghairahan netizen terhadap isu-isu popular, dengan debar hati, penulis mengajak kalian semua menjenguk portal hiburan digital arus perdana terbaharu yang sedang Media Mulia selaku ‘tuan tanah’ dan Kosmo! usahakan ketika ini, HibGlam.

Buka benda baharu, tetapi HibGlam sekadar berevolusi dengan arus semasa, fokus kepada dunia seni, hiburan dan gaya hidup, lokal mahupun antarabangsa. Kalau suka, jom sokong!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN