fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 6 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Cuaca buruk diramal berlaku di 6 negeri sehingga pukul 11 pagi, hari ini.

Menurut hantaran di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Selain itu, di Perak, hujan lebat juga dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah serta Kampar.

“Di Johor pula, cuaca buruk dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi,” katanya.

MetMalaysia juga mengamalkan cuaca buruk di Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi), Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI