fbpx

Budak selamba cat motosikal jiran guna cat dinding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal diparkir di tepi rumah itu dicat putih oleh anak jiran. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang budak lelaki mengecat motosikal milik jirannya menggunakan cat dinding berwarna putih, lapor laman berita Detik hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @nr_jenie. 

“Gelagat anak jiran, motosikal saya kena cat. Macam mana ni kawan-kawan?” demikian kapsyen video tersebut.

Rakaman memaparkan sebuah motosikal Yamaha X-Ride berwana biru yang diparkir di tepi rumah telah dilumuri cat putih sepenuhnya.

Pemilik motosikal itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbaju merah yang mengecat motosikalnya. Dia dilihat tidak marah, namun meminta budak itu mengakui perbuatannya. 

Setelah dicuci selama berjam-jam, cat pada motosikal itu berjaya ditanggalkan namun masih terdapat sedikit kesan putih. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI