fbpx

[VIDEO] Lelaki dipuji edar air percuma ketika jalan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video lelaki edar air minuman kepada pengguna di sebuah jalan di Kelantan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki bermurah hati apabila bertindak mengedarkan air minuman percuma kepada orang ramai yang berdepan kesesakan sewaktu pulang ke kampung menyambut Aidiladha di Kelantan.

Video itu tular di TikTok selepas dimuat naik seorang daripada pengguna yang melalui jalan tersebut sekali gus mendapat pujian orang ramai.

“Bagus dia orang ni waktu sesak, tak ada kedai buka raya pertama dia orang edarkan air percuma,” kata Zai Ismail yang memuat naik video itu.

Berikutan itu, ramai yang memuji sikap lelaki tersebut sekali gus mendoakannya kerana sifat pemurah yang ditonjolkan.

“Pemilik tempat cuci kereta Gua Musang tu, dia memang pemurah,” kata Marul yang mengenali lelaki itu.

“Tak perlu kaya pun nak buat pahala dan sedekah,” komen amysyafiqah.

“Semoga mereka semua yang buat kebaikan tu, murah rezeki panjang umur sihat selalu dipermudahkan segala urusan selalu,” doa PAQTAM N.A.B.A. – KOSMO! ONLINE

@zai.ismail Bagus dorang ni time jem, takde kedai bukak raya pertama, dorang edarkan air free. #RayaHaji #BalikKampung #RayaHaji2023 #BalikGuaMusang ♬ Angels Like You (Sped Up) – Miley Cyrus

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI