fbpx

Menteri didakwa cuba ‘selamatkan’ pelawat China ditahan imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular sebelum ini melibatkan individu dipercayai seorang menteri yang membuat kecoh di dewan ketibaan antarabangsa KLIA.

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen (JIM).

Menteri terbabit didakwa masuk ke dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan, petang semalam.

Difahamkan, beliau bertindak sedemikian bagi ‘menyelamatkan’ seorang wanita warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan.

Memetik laporan Bebas News, menteri berkenaan ke KLIA apabila mendapat tahu mengenai kejadian itu dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.

Menurut laporan yang memetik sumber itu, apabila tindakannya cuba dihalang beliau menggunakan kuasa sebagai menteri termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen.

Sementara itu, pihak JIM dimaklumkan akan mengeluarkan satu kenyataan media dalam masa terdekat.

Turut difahamkan, sudah tiga kali menteri itu melakukan tindakan demikian membabitkan pelawat yang ditahan daripada memasuki negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI