fbpx

Tiga anggota polis ditangkap kerana tembak, curi kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga anggota polis dipecat kerana menambak dua ekor kambing milik sebuah keluarga di kawasan pergunungan di Komune An Phu, Daerah My Dinh dengan pistol pada Isnin lalu. - Foto VNEXPRESS

HANOI, Vietnam – Polis Vietnam menahan tiga anggotanya dan memecat mereka kerana menembak dua ekor kambing milik sebuah keluarga sebelum mencuri haiwan tersebut untuk mendapatkan daging, lapor laman berita VNEXPRESS semalam.

Nguyen Van Nhan, Bui Dinh Viet dan Bui Tien Tung menaiki kenderaan ke kawasan pergunungan di kawasan An Phu dalam daerah My Dinh dengan membawa pistol untuk memburu burung pada Isnin lalu.

Namun, sejurus melihat dua ekor kambing berkeliaran bebas di atas bukit, mereka menembak haiwan itu sehingga mati dan memasukkannya ke dalam kereta.

Ketika hendak meninggalkan kawasan tersebut dan sampai ke Jambatan Ai Nang, mereka dihalang oleh penduduk tempatan dan meminta penjelasan berhubung kambing-kambing itu.

Anggota-anggota polis itu mendakwa telah menembak kambing tersebut secara tidak sengaja. Kes itu kini sedang disiasat.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI