fbpx

Perompak mabuk beri duit kepada mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua perompak itu menyerahkan wang kepada mangsa selepas gagal menemui barang berharga. - Twitter

NEW DELHI – Dua lelaki bersenjata yang cuba merompak sepasang kekasih bertindak memberikan wang berjumlah 100 rupee (RM5.70) kepada mereka sebelum berlalu pergi, lapor laman berita Wion News semalam.

Kejadian itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan Farsh Bazaar di kawasan timur New Delhi, Shahdara, minggu lalu.

Dua perompak bertopi keledar yang menaiki sebuah skuter dilihat berhenti berhampiran sepasang kekasih yang sedang berjalan kaki. 

Salah seorang daripada mereka kemudian turun dan mengacukan pistol ke arah pasangan itu manakala seorang lagi mengganggu mereka.

Bagaimanapun, apabila mereka gagal menemui barang berharga, salah seorang perompak dilihat menyerahkan sesuatu kepada lelaki yang diserang.

Menurut laporan media, perompak yang didakwa mabuk itu menyedari bahawa pasangan tersebut tidak mempunyai barangan berharga lain kecuali wang berjumlah 20 rupee (RM1.14). 

Pasangan itu memberitahu polis bahawa dua perompak tersebut sebaliknya menyerahkan wang 100 rupee kepada mereka.

Polis berjaya menemui perompak berkenaan selepas menganalisis rakaman daripada hampir 200 CCTV yang dipasang di kawasan itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI