fbpx

Pejabat JSJ terbakar: Polis tunggu laporan forensik bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Ipoh, Perak hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Punca mengenai kebakaran pejabat Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah), Jabatan Siasatan Jenayah Perak semalam, masih dalam siasatan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya masih menunggu laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkaitan kejadian itu.

“Kita juga telah memminta bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk bekerjasama dengan bomba bagi mengenal pasti tahap keselamatan (bangunan) dan lain-lain laporan berkaitan kebakaran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian kebakaran itu sedikit menjejaskan penugasan JSJ Perak, namun ketua jabatan bekerjasama dengan cawangan lain termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dari segi logistik bagi membantu D4 menjalankan tugas dan menyiapkan laporan seperti biasa.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Yusri memaklumkan pihaknya bersedia menggerakkan pegawai dan anggota ke negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor bagi membantu menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI