fbpx

[VIDEO] Lebih RM100,000 diperlukan bawa keluar bapa dari hospital di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINUDIN kini sedang menerima rawatan di National Univercity Hospital Singapura selepas terjatuh dan pengsan ketika melakukan kerja-kerja menurunkan barang di Kota Singa, dua hari lalu.

JOHOR BAHRU – Keluarga seorang pemandu treler buntu apabila memerlukan dana lebih RM100,000 untuk membawa pulang bapa yang sedang menerima rawatan di National Univercity Hospital (Hospital Universiti Kebangsaan) Singapura.

Menurut anak sulung pemandu treler terbabit, Nurul Amira Zainudin, 26, berkata, dia menerima panggilan daripada pihak syarikat memaklumkan bapanya, Zainudin Hairi, 57, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari lalu.

Jelasnya, bapa kepada tiga cahaya mata itu dikejarkan ke hospital selepas pengsan ketika melakukan kerja-kerja menurunkan barang di Singapura.

“Ayah kerja bawa treler, dia selalu keluar masuk hantar barang di sana (Singapura) kerja dengan ‘company’ sama lebih 20 tahun sudah. Ketika ayah sedang melakukan menurunkan barang di sebuah syarikat di Singapura, ayah tiba-tiba jatuh dan pengsa sebelum terus dibawa ke hospital di sini.

“Pasukan perubatan terus melakukan pembedahan kali pertama sebab bila doktor buat pemeriksaan ada pendarahan di dalam otak,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Nurul Amira, pasukan perubatan sekali lagi melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa bapanya kerana masih ada darah di dalam kepala.

Jelasnya, dia dan keluarganya kini buntu apabila menerim bil hospital mencecah 26,000 Dolar Singapura (RM89,960).

“Kami bukannya orang senang, sudah cuba kumpul dapatkan bantuan daripada pelbagai sudut kini hanya terkumpul RM7,000. Kami sekarang kalau boleh mahu cepat keluar ayah dan dapat rawatan di negara kita, senang untuk kita pantau, duduk negara orang, bil semakin meningkat,” katanya.

Nurul Amira berkata, dia tidak mahu menuding jari kepada sesiapa namun sedikit terkilan apabila pihak syarikat tempat bapa bekerja seolah-olah lepas tangan.

Ujarnya, mereka (pihak syarikat) memaklumkan tidak dapat membantu dalam urusan untuk membawa bapa menerima rawatan di Johor.

“Mereka cakap tak dapat bantu sepenuhnya kos bil tersebut. Kami ada juga berhubung dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tetapi mereka cakap kes berlaku di Singapura, tidak dapat bantu. Sekarang kami perlu kos cecah lebih 30,000 Dolar Singapura (RM103,800) termasuk perlu guna ambulans yang ada doktor dan jururawat untuk pantau ayah, sebab sekarang pakai oksigen,”katanya.

Nurul Amira merayu agar orang ramai yang berhati mulia tampil membantunya sekeluarga daripada pelbagai bentuk bantuan bagi membawa bapanya pulang ke Johor dengan kadar segera.

Mereka yang ingin tampil membantu meringankan beban boleh menghubungi Nurul Amira ditalian 010-8258205 atau menerusi akaun Maybank 551025218442 (Namira Legasi Enterprise). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI