fbpx

Kes Sulu: Kedaulatan Malaysia terus terpelihara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan kumpulan Sulu merupakan kemenangan yang cukup bermakna dan penting untuk Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia yang mengendalikan perkara berkenaan.

“Tahniah pasukan Malaysia yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi) yang telah bertungkus-lumus memastikan kedaulatan Malaysia terus terpelihara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan The Hague menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.

Award itu diberikan oleh penimbang tara Sepanyol Dr. Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022 kepada lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI