fbpx

Polis tahan pemuda OKU ‘tinggal’ bersama mayat bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa di Flat Purnama baru-baru ini.

BENTONG – Pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) yang ‘tinggal’ bersama mayat bapanya yang dlaporkan telah meninggal dunia selama empat hari ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, anak mangsa berumur 22 tahun yang berada bersama mayat bapanya di rumah berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan termasuk kesan terbakar.

“Pihak polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan bau busuk sejak Khamis lalu di kawasan Flat Purnama di sini akhirnya terungkai apabila ia berpunca daripada mayat seorang lelaki yang menghuni sebuah unit flat di tingkat bawah kawasan berkenaan.

Lebih menyedihkan apabila mayat mangsa, Kak Kok Chong, 64, ‘ditemani’ seorang anaknya yang dikategorikan sebagai OKU di dalam bilik rumah berkenaan.

Dalam pada itu Zaiham berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pada Ahad lalu mengenai seorang lelaki yang ditemui terbaring di atas lantai sebuah rumah flat.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati isteri mangsa yang berumur 61 tahun bersama anak kedua mangsa berada di Kuala Lumpur atas urusan perubatan di sebuah hospital sejak 19 Jun lalu.

“Mangsa ditinggalkan bersama anak bongsu lelakinya berusia 22 tahun di rumah dan semakan awal mendapati anak mangsa memilik kad OKU,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI