fbpx

Operasi trafik besar-besaran di Kuala Lumpur, Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Suhaily ketika berucap dalam sidang akhbar pelancaran Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur akan menjalankan satu operasi bersepadu secara besar-besaran membabitkan kesalahan jalan raya di sekitar ibu negara bermula bulan hadapan.

Operasi yang dijalankan bermula 1 hingga 31 Julai berkenaan akan membabitkan agensi penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, antara objektif yang difokuskan adalah mengajar serta mendidik warga muda agar patuh arahan jalan raya.

Tambah beliau, dengan adanya disiplin diharap akan timbul rasa tanggungjawab dalam toleransi tinggi semasa memandu khasnya warga kota.

“Kami bertekad mahu memastikan pemandu di Kuala Lumpur tahu undang-undang masih wujud, tidak boleh memandu sesuka hati apatah lagi melanggar lampu isyarat.

“Kita mahu negara kita bergerak ke hadapan dan menjadi negara maju, tapi adakah tahap keakuran kita pada undang-undang setaraf negara maju?,” katanya pada sidang akhbar pelancaran Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut beliau, operasi ini akan melibatkan sekitar 1,000 anggota lain-lain pangkat daripada Polis Kuala Lumpur dibantu agensi penguat kuasa lain dalam menjalankan tugas.

Tegas Suhaily, sebanyak tujuk operasi melanggar peraturan jalan raya digerakkan antaranya Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Plat Pendaftaran Kereta, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

“Sebelum ini pemeriksaan di Bangsar mendapati banyak kenderaan mewah parkir di lokasi tidak sepatutnya. Saya rasa kecewa sedangkan mereka dilihat mampu untuk bayar di parkir disediakan.

“Bukan itu sahaja, buat pemandu warga asing yang memandu tanpa dokumen, mereka ini mencabar kewibawaan JPJ dan PDRM, jika berlaku sebarang kemalangan pihak mereka tidak dilindungi insuran.

“Seterusnya, warga kota sering diganggu dan diugut oleh pihak mengambil keuntungan secara haram di kawasan parkir. Perbuatan ini menyalahi undang-undang Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Suhaily memaklumkan sebanyak 895 kertas siasatan trafik dibuka bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

“Untuk rekod, kesalahan tertinggi adalah halangan iaitu meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang atau menghalang lalu lintas dengan 311 kes.

“Kemudian diikuti dengan kes lumba haram (180 kes) dan langgar lampu merah (167 kes),” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI