fbpx

Mahkamah: Nelayan dituduh lakukan pengabaian, sebabkan anak hidu dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Seorang nelayan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pengabaian sehingga menyebabkan anaknya yang berusia setahun menghidu dadah pada pertengahan bulan ini.

Tertuduh yang merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pengabaian dengan cara meninggalkan botol dan straw disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine dan amphetamine sehingga menyebabkan mangsa menghidu dadah tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kuala Kedah, dekat sini antara pukul 6.30 pagi hingga 2.30 petang pada 14 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nor Syaliati Mohd. Sobri mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu pihak pendakwaan tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap lelaki terbabit memandangkan mangsa dalam kes itu merupakan anak kandungnya.

Selain itu Nor Syaliati berkata, terdapat peluang yang tinggi untuk tertuduh mengganggu mangsa serta isterinya sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI