fbpx

Lelaki maut terjatuh dari tingkat 22 apartment

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Seorang lelaki tempatan meninggal dunia akibat cedera parah setelah terjatuh dari tingkat 22 sebuah apartment, Taman Putra Permai, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 12.34 tengah hari.

Menurutnya, seramai lapan kekuatan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikerahkan untuk ke tempat kejadian.

“Kejadian melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang dipercayai terjatuh dari tingkat 22 apartmen.

“Mangsa juga dipercayai tinggal seorang diri ketika kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia berikutan kecederaan parah yang dialami sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI