fbpx

Bom lempar meletup: Mangsa ketiga cedera kedua-dua belah mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAMPIN – Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sebelum ini dilaporkan cedera parah dalam insiden bom lempar meletup ketika latihan di Kem Syed Sirajuddin di Gemas dan dikejarkan ke Hospital Segamat kelmarin kini telah di hantar ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Semalam, Markas Tentera Udara memaklumkan Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, berasal dari Kluang, Johor yang merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan dilaporkan stabil dan dalam pemantauan di Hospital Segamat, Johor.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab berkata, berdasarkan laporan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kedua-dua belah mata.

“Mata kanan agak stabil, cuma mata sebelah kiri mengalami kecederaan agak teruk. Pembedahan mata telah dilaksanakan oleh doktor pakar di Hospital Segamat, Johor.

“Mangsa kini dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam insiden kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, dua maut membabitkan anggota TUDM yang sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 yang berlaku di Tapak Latihan Grenade Asas, di lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, semalam

Penuntut yang meninggal dunia di lokasi kejadian Laskar Udara 1, Mohd Iqmal Masdi, 22; manakala, jurulatih yang disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat ialah Koperal Udara Mohd Syuib Bidin, 33.

TUDM sebelum ini memaklumkan akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan berhubung kejadian bom lempar itu serta menyerahkan kepada PDRM untuk menjalankan siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI