fbpx

Tiga rumah papan di Jinjang Selatan hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tiga buah rumah papan yang hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Jambu Merah, Jinjang Selatan, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR – Tiga buah rumah papan musnah dijilat api dalam satu kebakaran di Jalan Jambu Merah, Jinjang Selatan, di sini, tengah hari tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.24 tengah hari sebelum menghantar jentera ke lokasi kejadian.

Ujarnya, seramai 18 pegawai Bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, BBP Sentul dan BBP Sri Hartamas digerakkan ke lokasi tersebut.

“Setibanya pasukan bomba dilokasi kebakaran, terdapat tiga buah rumah jenis papan hangus 100 peratus manakala sebuah lagi rumah jenis teres tiga tingkat dengan anggaran keluasan 3,500 kaki persegi terbakar 30 peratus.

“Walau bagaimanapun kebakaran tidak melibatkan mangsa dan tiada penghuni di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, punca-punca kebakaran masih dalam siasatan oleh unit forensik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI