fbpx

Tidak terima, lulus permohonan persembahan Jocelyn, Chrissie – Puspal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsikan di akaun Intagram milik Chrissie baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) menegaskan pihaknya tidak menerima dan meluluskan permohonan persembahan Apology Tour di Live House Kuala Lumpur , Jocelyn Chia dan Chrissie Mayr.

Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu berkata, ia susulan hantaran pemilik akaun Instagram @chrissiemarypod serta tular di laman media sosial mengenai promosi persembahan itu yang dikatakan berlangsung pada 26 Ogos ini di TREC Kuala Lumpur.

Katanya, mana-mana kemasukan bagi artis luar negara atau penggambaran filem asing di Malaysia, permohonan perlu dikemukakan kepada agensi itu sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan.

“Sebarang hebahan dan promosi serta jualan tiket tidak boleh dilakukan sebelum memperoleh kebenaran penganjuran program daripada pihak berkuasa termasuklah surat kelulusan daripada Puspal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat lanjut berkaitan garis panduan persembahan artis luar negara boleh didapati dengan melayari laman web www.kkd.gov.my atau menghubungi Puspal ditalian 03-89115355/5384 atau e-mel [email protected].

Semalam, Kosmo! melaporkan, perancangan pelawak kontroversi, Jocelyn dan rakannya yang juga pelawak komediri, Chrissie untuk membuat satu persembahan khas ‘Apology Tour’ di ibu negara pada Ogos ini mendapat bantahan hebat daripada orang ramai.

Orang ramai meminta kerajaan dan pihak berkuasa bertegas dalam isu ini memandangkan rakyat Malaysia masih lagi terasa dengan tindakan Jocelyn menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenakanya dalam satu persembahan di Amerika Syarikat.

Kemudian, Chrissie pula dilihat menyokong perbuatan Jocelyn itu sehingga mengeruhkan lagi keadaan selain dia turut didakwa menghina ‘rakyat’ Malaysia di media sosialnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI