fbpx
Syed Mahadzir (tengah) pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara Alphacapital dengan Rakyat Trustee dan Seterra di Kuala Lumpur baru-baru ini.

RM100 juta bina pusat jagaan warga emas golongan atasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Alphacapital (M) Berhad (Alphacapital) bekerjasama dengan Rakyat Trustee Berhad (Rakyat Trustee) dan Seterra Group of Company (Seterra) bercadang untuk membangunkan sebuah pusat penjagaan warga emas bertaraf moden yang lengkap dengan kemudahan dan infrastruktur terancang bersesuaian dengan gaya hidup pelanggannya yang berusia lebih 50 tahun.

Segmen pusat penjagaan warga emas bertaraf moden dan khusus kepada golongan berkeupayaan itu berpotensi untuk diceburi kerana permintaan daripada kumpulan sasaran semakin meningkat seiring dengan perubahan gaya hidup masyarakat masa kini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Alphacapital, Syed Mahadzir Fadaak berkata, dana sebanyak RM100 juta diperlukan untuk projek berkenaan yang mana Alphacapital akan bertindak sebagai syarikat pelaburan, Rakyat Trustee bertindak sebagai pemegang amanah dengan menawarkan khidmat infak manakala Seterra adalah operator pengendalian pusat penjagaan warga emas moden itu.

“Usaha sama ini bukan sekadar untuk membangunkan projek ini tetapi bertujuan untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh pelabur akan diuruskan secara sistematik, berwibawa dan amanah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pemeteraian kerjasama tiga entiti tersebut di sini baru-baru ini.

 

Selain itu, Pengarah Seterra, Raja Dhiyauddin Raja Amir menjelaskan, permintaan terhadap pusat penjagaan kepada warga emas yang berkemampuan dan mahu tinggal dalam pusat komuniti moden sekiranya mereka tidak tinggal bersama keluarga dan anak-anak adalah tinggi kini.

Tambah beliau, golongan ini memilih untuk menetap bersama rakan seusia kerana seronok melakukan aktivito kerohanian bersama-sama di pusat penjagaan warga emas yang menyediakan segala perkhidmatan bukan sahaja ibadat, kebajikan, sosial dan hiburan serta memantau tahap kesihatan mereka pada tahap terbaik.

“Jika ada warga emas yang mahu keluar beriadah atau bersantai di pusat beli-belah, akan ada pemandu yang akan membawa mereka untuk tujuan berkenaan,” jelasnya sambil menambah sehingga kini terdapat empat cawangan pusat jagaan sedia ada dengan yuran bulanan adalah antara RM6,000 hingga RM8,000.

Sementara itu, Pengarah Urusan Rakyat Trustee, Faudzi Mt Din menerangkan, peranan syarikat adalah menjadi pemegang amanah yang mengurus dan melaksanakan arahan serta mandat pelabur secara telus, cekap dan sistematik sekali gus untuk memastikan niat asal pelabur untuk tujuan kebajikan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Pendekatan ini adalah salah satu langkah alternatif bagi membantu pelabur menguruskan kewangan masing-masing yang berhasrat untuk melakukan kerja amal dan  membina jambatan pahala melalui pelaburan yang dibuat,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN