fbpx

Luahan pembaca: Syarikat, organisasi wajar beri intern upah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SAUDARA PENGARANG,

Saya ingin memberi pandangan tentang pelajar intern atau praktikal. Mahasiswa mungkin menganggap tugasan seperti membancuh kopi dan membuat kerja yang dianggap mudah serta remeh tidak membantu diri untuk berkembang secara profesional pada masa hadapan.

Pada hemat saya, mahasiswa perlu memikirkan yang mereka masih lagi pelajar yang perlu menimba pengalaman tentang sesuatu organisasi sebelum menjejak kaki ke alam pekerjaan kelak.

Walaupun mereka disuruh membancuh kopi anggaplah itu semua sebagai permulaan kepada pembentukan pegawai yang disegani dan dihormati, menjadi bos yang merendah diri apabila berada berhadapan dengan karenah kakitangan yang memerlukan kesabaran dan segala macam kerja apabila bekerja nanti.

Tidak semestinya, pegawai tidak boleh membancuh kopi sendiri, membuat fotokopi sendiri dan menyusun fail dan hanya duduk mengarah itu dan ini.

Pegawai yang bersikap merendah diri selalunya dipandang tinggi oleh pekerja bawahan berbanding yang bersikap mengarah dan memandang rendah kakitangan rendah.

Kita jangan lupa bahawa prestasi sesebuah syarikat itu bukan hanya sumbangan daripada pengarah dan pekerja atasan sahaja, tetapi penglibatan semua pekerja.

Dengan kata lain, intern mendidik seseorang mahasiswa itu menjadi seorang pegawai yang disenangi oleh semua pekerja kerana mereka pernah melalui kehidupan serba susah disesebuah organisasi.

Mengenai bayaran kepada pelajar yang berada di fasa intern, adalah wajar syarikat dan organisasi menyokong pelajar intern ini dengan memberi sedikit elaun atau upah untuk mereka mendapat pendedahan dan pengalaman pertama mereka di alam pekerjaan.

Di pihak pelajar pula, anggaplah intern ini adalah peluang anda menyesuaikan diri di alam pekerjaan dan menimba sebanyak mungkin pengalaman bekerja.

Namun begitu, jikalau diberi pelung menjalani intern, anggaplah diri sebagai penuntut dan bukan pegawai yang merasakan diri bagus sangat, ego dan berinteraksilah dengan sopan dan profesional.

Anggaplah ketika ini, organisasi tersebut sedang memerhatikan ketokohan anda dan mana tahu anda dipilih untuk menerajui syarikat di tempat anda intern dulu.

Walaupun setengahnya menganggap kedatangan anda seperti angin yang datang dan pergi, tetapi sebenarnya kedatangan anda telah menyegarkan suasana syarikat dan organisasi tersebut.

Pekerja Bawahan
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI