fbpx

Dewan Negara: Kaji selidik dapati 86.9 peratus setuju konsep Malaysia Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia Madani

KUALA LUMPUR – Kaji selidik Jabatan Penerangan kira-kira lima bulan lepas mendapati sebanyak 86.9 peratus daripada 8,860 responden di seluruh negara bersetuju dengan konsep Malaysia Madani.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, hasil kajian tersebut merupakan suatu petanda positif dalam usaha kerajaan untuk ekonomi negara, menjaga tatasusila masyarakat, keharmonian dan perpaduan.

“Bagi pihak kementerian pula kami ambil maklum dan berusaha untuk memastikan bahawa ia bukan sdekadar retorik.

“Lebih daripada semata-mata slogan atau konsep. Alhamdulillah, hasil ekonomi dan pelaburan yang masuk dan sebagainya memang jelas ia mendatangkan hasil yang positif kepada rakyat,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI