fbpx

Raja Perlis titah rakyat jelaskan tunggakan bil air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin bergambar kenangan bersama pasukan pancaragam PDRM di Kompleks DUN di Kangar, hari ini.

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan rakyat Perlis agar membayar tunggakan bil air yang kini mencecah RM34.84 juta.

Baginda bertitah agar semua pengguna bekalan air di negeri ini untuk bersikap amanah dengan membayar tunggakan bil air.

“Dengan kerjasama yang menyeluruh daripada semua pihak, insya-Allah pengurusan bekalan air dapat dipertingkatkan,” titah baginda.

Titah diraja itu dizahirkan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN Perlis, di sini hari ini.

Titah baginda lagi, kerjasama semua pihak adalah perlu bagi meningkatkan pengurusan bekalan air negeri.

“Perkhidmatan bekalan air terawat di Perlis masih belum mencapai tahap optimum dan kualiti yang memuaskan. Isu Air tidak Berhasil (NRW) juga masih tinggi iaitu pada kadar 62.5 peratus.

“Dalam hubungan ini, beta mengambil maklum bahawa Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberi geran kepada semua negeri yang mempunyai kadar NRW melebihi 50 peratus.

“Diharapkan agar kerjasama ini dapat membantu kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik kepada rakyat,” titah baginda lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI