fbpx

Buruh tua jalan kaki 2 km berulang ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Saharuddin di TikTok

PETALING JAYA – Seorang buruh warga emas sanggup berjalan kaki sejauh dua kilometer setiap hari dari rumah ke tempat kerjanya demi memperoleh pendapatan buat menampung keluarga tersayang.

Menerusi perkongsian video oleh aktivis kebajikan, Saharuddin Amirullah di media sosial baru-baru ini, dia sempat menegur pak cik tersebut ketika lelaki itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Kebiasaannya asnaf yang lain pergi tempat kerja naik basikal, tapi pak cik ini cuma berjalan kaki, sedangkan tempat tinggal dan tempat kerjanya sejauh 2 km,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal Saharuddin tentang gaji, pak cik tersebut hanya menerima upah RM45 sehari.

Meskipun jumlah itu tidak cukup, tetapi bagi warga emas tersebut, dia tetap bersyukur kerana masih mempunyai pendapatan untuk kelangsungan hidupnya.

“Gaji RM45 sehari memang tak cukup. Jadilah kalau tiada kerja tiadak boleh makan,” kata pak cik itu.

Video perkongsian Saharuddin itu kini telah menerima lebih 163,000 tontonan dan 12,700 tanda suka di TikTok selepas ia dimuat naik sejak lima hari lalu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan pak cik tersebut diberikan kesihatan berpanjangan agar dia mampu berbakti buat keluarganya.

“Semoga dimurahkan rezeki pak cik dan diberikan kesihatan berpanjangan,” kata Ime.

“Semoga pak cik diberikan kesihatan dan dimurahkan rezekinya, kuat pak cik bekerja buat keluarga, tiada alasan seorang bapa untuk berjuang buat anaknya meskipun usianya telah lanjut,” ujar Dian. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI