fbpx

MotoGP: Gresini setuju kekal bersama Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRESINI dilaporkan akan meneruskan kerjasama bersama Ducati musim depan sekali gus menyaksikan lapan jentera pengeluar dari Itali itu akan berada di grid perlumbaan. - AFP

LONDON – Pasukan Ducati mengesahkan bahawa mereka akan kekal menggunakan lapan jentera MotoGP miliknya musim depan selepas mencapai persetujuan bekerjasama dengan pasukan Gresini.

Gresini satu-satunya daripada tiga pasukan satelit Ducati yang tidak terikat sebarang kontrak musim ini, bagaimanapun, pasukan kendalian Nadia Padovani itu menikmati kejayaan musim lalu menerusi Enea Bastianini yang kini menyertai pasukan utama.

Biarpun perjanjian tersebut masih belum diumumkan secara rasmi namun, Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti mengesahkan perkara tersebut bahawa Gresini bersama mereka musim depan.

“Secara dasasrnya kami sudah bersetuju (kerjasama bersama Gresini), tetapi kami belum mengumumkan apa-apa lagi secara rasmi ketika ini.

“Ducati belum menandatangani sebarang perjanjian, tetapi kami bersetuju untuk meneruskan kerjasama dengan Gresini. Apa yang boleh saya katakan ialah tahun depan akan ada lapan jentera Ducati dalam grid perlumbaan. Kemudian kita akan lihat perancangan bagi musim 2025 nanti,” kata Ciabatti.

Dalam pada itu, kejayaan berganda Ducati di Sachsenring menyaksikan pelumba Pramac Racing, Jorge Martin menegaskan masa depannya bergantung kepada pengeluar dari Itali tersebut selepas disebut-sebut bakal menyertai Yamaha.

Bagaimanapun, pelumba Sepanyol itu menafikan spekulasi tersebut selepas meletakkan sasaran untuk menyertai pasukan utama.

“Saya gembira di mana saya berada dan saya tidak nampak sebab untuk berpindah menyertai pasukan lain. Saya mempunyai jentera terbaik dan dibantu sepenuhnya pasukan utama. Jadi saya rasa untuk 2024 saya menggunakan jentera yang sama.” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI