fbpx

Napoli mampu kaut untung besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSIMHEN (kanan) mahu dijadikan bintang baharu selepas PSG bakal kehilangan ramai pemain utama termasuk Mbappe dalam jendela perpindahan kali ini. – AFP

NAPLES – Juara Serie A, Napoli berbelah bahagi sama ada mahu menawarkan kontrak baharu kepada penyerang utama, Victor Osimhen selepas gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) sedia untuk mendapatkan khidmatnya pada jendela kali ini.

Difahamkan, PSG tidak mempunyai masalah untuk menawarkan nilai perpindahan maksimum sebanyak €150 juta (RM767 juta) kepada Napoli.

Jumlah tersebut dilihat sangat berbaloi memandangkan Napoli hanya mengeluarkan €70 juta (RM358 juta) untuk mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Nigeria itu daripada kelab Lille pada musim 2020.

PSG dilihat agak terdesak memandangkan mereka sudah kehilangan beberapa pemain bertaraf bintang seperti Lionel Messi dan Sergio Ramos selepas tidak menyambung kontrak mereka yang berakhir musim lepas.

Malah, pasukan itu juga se­perti membuat persediaan apabila penyerang utama, Kylian Mbappe turut dilaporkan bakal angkat kaki selepas enggan me­lanjutkan kontraknya yang bakal berakhir tahun depan.

Osimhen yang berusia 25 tahun telah meledak 31 gol daripada 39 perlawanan sepanjang musim ini bersama Napoli menyaksikan namanya berada dalam radar kelab utama Eropah termasuk Manchester United dan Chelsea.

Sebelum ini Presiden kelab, Aurelio De Laurentiis mengesahkan pihaknya sudah mula membuat tawaran kepada ejen peribadi Osimhen dalam usaha melanjutkan kontrak bintang itu sehingga 2027.

Dalam masa sama, Napoli tidak akan menutup ruang sekiranya mendapat tawaran lumayan pada jendela perpindahan kali ini dengan menjadikan pe­nyerang muda Lille, Jonathan David sebagai pengganti Osimhen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI