fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Sock Tao turun kempen bertudung malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sock Tao ketika menghadiri Sambutan Raya Anak Muda di Bandar Baru Batang Kali, baru-baru ini.

HULU SELANGOR – Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao kelihatan manis memakai selendang ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK), malam ini.

Calon Kerajaan Perpaduan itu mengenakan tudung bagi menghormati majlis bacaan yasin dan ramah mesra bersama penduduk di Batu 30, Batang Kali yang berlangsung kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Sock Tao yang diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari seterusnya menghadiri Majlis Sambutan Raya Anak Muda di Bandar Baru Batang Kali, di sini.

Dalam ucapannya, calon berusia 31 tahun itu mengulangi pendirian beliau yang mana akan membawa pembaharuan serta mengetengahkan politik matang bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Untuk rekod, PRK DUN Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Sock Tao dengan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Suat, calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI