fbpx

Muhammad Syahril mohon jurusan agama, bahasa Arab di tiga IPTA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syahril (kanan) berbual dengan Syaiful Rizal (kiri) sebelum menerima sumbangan YBR di rumahnya di Kampung Kandis, Bachok hari ini. FOTO TOREK SULONG

BACHOK – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Muhammad Syahril Saidi,18, yang memperoleh keputusan 11A walaupun menjaga arwah ibunya sudah memohon jurusan agama dan bahasa Arab di tiga buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Muhammad Syahril berkata, tiga universiti itu merupakan pilihan utama buatnya semasa membuat permohonan melalui sistem Unit Pengambilan Universiti (UPU) baru-baru ini.

Menurutnya, tiga IPT itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menawarkan jurusan agama selain bahasa Arab untuk kegunaan di peringkat antarabangsa.

“Sebenarnya, saya agak terkilan kerana gagal untuk memohon pengajian luar negara di bawah Program Pelajar Cemerlang (PPC) yang ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ketika itu, saya berdepan situasi kematian arwah ibunya, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang menghidap penyakit angin ahmar sejak tahun 2019.

“Saya tetap reda apabila lebih mengutamakan arwah ibu ketika itu. Kejayaan yang diperoleh dalam SPM 2022 belum cukup untuk membalas jasa baik dan sentuhan kasih ibu sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) di rumahnya di Kampung Kandis di sini hari ini.

Muhammad Syahril memberitahu, buat masa ini, dia fokus untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad Yaakubiah Nipah di sini yang terletak kira-kira 28 kilometer dari rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI