fbpx

Wanita berkeras enggan turun motosikal ketika isi minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu terjatuh bersama motosikal yang terbalik di pam tersebut. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita yang berkeras enggan turun daripada motosikal ketika teman lelakinya mengisi petrol di sebuah stesen minyak, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @memomedsos.

Ia memaparkan sepasang kekasih yang menaiki sebuah motosikal berwarna merah berada di salah satu pam minyak.

Namun, wanita itu berkeras enggan menuruni motosikal ketika teman lelakinya cuba mengisi minyak.

Ketika cuba mengalihkan motosikal itu ke hadapan, ia hilang keseimbangan lalu terbalik. Wanita yang membonceng di belakang turut terjatuh di lokasi tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Teman wanitanya menyusahkan,” komen seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI