fbpx

Skuad B-17 Malaysia berjaya benam Laos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA NORFIRDAUS RAJA MUHAMAD NOR dikepung tiga pemain Laos ketika aksi terakhir Kumpulan A Piala Asia B-17 2023 dengan Malaysia menewaskan Laos 2-1 kelmarin.

PENGENDALI skuad bawah 17 (B-17) tahun negara, Osmera Omaro menganggap aksi tanpa tekanan membolehkan pasukan kebangsaan meraih kemenangan moral pada aksi terakhir

Kumpulan A Piala Asia B-17 2023 dengan menewaskan Laos 2-1 kelmarin.

Pada aksi di Stadium Thammasat, Bangkok itu, skuad remaja Harimau Malaya berjaya meraih gol hasil dua jaringan Dainei Mat Disa, sekali gus memastikan tiga mata berharga dapat diraih ke atas negara serantau Asia Tenggara itu.

Osmera mengakui anak-anak buahnya telah mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan ini meskipun kemenangan tersebut seperti tidak memberikan sebarang makna.

“Secara jujur, saya rasa Laos telah memberikan tentangan sengit tetapi tidak bernasib baik untuk menang.

“Mengenai tekanan, saya lihat tiada arahan khusus dibuat tetapi pemain dilihat lebih bebas beraksi apabila turun tanpa sebarang tekanan berbanding apa yang dilalui pada perlawanan awal.

“Malah, penyerang (Dainei) turut bermain baik, pujian wajar diberikan kerana berjaya menja­ringkan dua gol tetapi semua pemain telah berikan 100 peratus,” katanya.

Osmera bagaimanapun enggan mengulas mengenai kegagalan pasukan mencapai sasaran yang ditetapkan untuk melangkah sekurangnya di peringkat suku akhir pada kejohanan berprestij peringkat belia itu.

“Jawapan yang cukup panjang untuk dijawab. Perkembangan pemain adalah perkara utama, sudah tentu kita tidak gembira dengan keputusan pada kejohanan ini tetapi pengalaman yang ditimpa pemain cukup berharga,” katanya.

Kemenangan tersebut menyak­sikan Malaysia kekal di kedudukan ketiga Kumpulan A dengan tuan rumah, Thailand muncul juara selepas menewaskan Yemen 1-0 pada satu lagi perlawanan Kumpulan A kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI