fbpx

Mahkamah: Lokman Adam lepas, bebas tuduhan sebar berita palsu di Facecook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokman Adam

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, atas pertuduhan menyebarkan berita palsu berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin Covid-19 dua tahun lalu.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pendakwaan itu.

Pada 1 Oktober 2021, Lokman didakwa atas pertuduhan menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual tentang kematian seorang pegawai polis yang dikaitkan dengan vaksin.

Penyebaran itu melalui aplikasi media sosial Facebook atas nama profil “Lokman Adam” itu dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam pukul 10.38 malam pada 9 April 2021.

Rakaman itu kemudian dilihat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini pada 11 April 2021.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh manakala Lokman diwakili peguam Logen Eskander.

Sementara itu, Lokman ketika ditemui media berkata keputusan mahkamah untuk membebaskannya atas tuduhan itu bermakna beliau tidak melanggar fakta ketika memberi keterangan.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada peguam kerana mahkamah memutuskan tiada kes prima facie ke atas kes terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI