fbpx

Anwar makan tengah hari, solat Jumaat di Bandar Tun Hussein Onn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri makan tengah hari di Bandar Tun Hussein Onn hari ini.

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di restoran Sari Ros Cafe di Jalan Suadamai 1/2, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dekat sini hari ini.

Beliau tiba di restoran berkenaan pada pukul 1 tengah hari sebelum bergerak ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn bagi menunaikan solat Jumaat.

Ketibaan Anwar di restoran tersebut disambut oleh Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Balakong, Wong Siew Ki.

Turut menyambut ketibaan Perdana Menteri adalah penduduk setempat pelbagai peringkat umur yang menunggu kehadiran beliau sejak pukul 12.30 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI