fbpx

Singapore Airlines, AirAsia terbaik di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat Singapore Airlines dinobatkan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia Skytrax 2023. - Foto AFP

LONDON – Singapore Airlines dinamakan syarikat penerbangan terbaik Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia Skytrax 2023 atau dikenali sebagai Oscars of Aviation, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Singapore Airlines berada di tangga teratas daripada 325 syarikat penerbangan dalam senarai Skytrax. Syarikat penerbangan Singapura itu merampas kedudukan tersebut daripada juara tahun lepas, Qatar Airways yang berada di tempat kedua selepas mencatat rekod menduduki tempat pertama selama tujuh
tahun berturut-turut.

Berada di tempat ketiga pula ialah syarikat penerbangan Jepun, ANA All Nippon Airways.

Syarikat tambang murah Air Asia menduduki tempat ke-31, Scoot dari Singapura (33), Bangkok Airways (29), Garuda Indonesia (30), Malaysia Airlines (47), Thai Airways (40), Vietnam Airlines (44) dan Royal Brunei Airlines (66).

Bagaimanapun, AirAsia sekali lagi dinamakan sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia iaitu gelaran yang diperoleh pada setiap tahun sejak 2010.

Tempat kedua dalam ran­king tambang murah ialah Scoot yang turut memenangi anugerah syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh terbaik dunia, manakala di tangga ketiga ialah syarikat penerbangan India, Indigo diikuti syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudi Flynas di tempat keempat.

Dalam pada itu, kedudukan British Airways merosot apabila menduduki tempat ke-18 di seluruh dunia berbanding tempat ke-11 pada tahun lepas dalam kategori syarikat penerbangan terbaik dunia.

Japan Airlines berada di tempat kelima di seluruh dunia dan mendominasi kategori kelas ekonomi bagi anugerah tersebut. Japan Airlines menerima anugerah untuk kelas ekonomi terbaik serta anugerah kerusi kelas ekonomi terbaik dunia.

Turkish Airlines berada di tempat keenam dunia dan mene­rima anugerah untuk syarikat penerbangan terbaik di Eropah.

Malah, ia diiktiraf kerana piawaian kateringnya yang sangat tinggi sekali gus merangkul ke­dua-dua anugerah iaitu katering kelas perniagaan terbaik dan ka­tering kelas ekonomi terbaik.

Air France menduduki tempat ketujuh dalam ranking global itu dan merangkul anugerah istirahat syarikat penerbangan kelas pertama terbaik, ruang makan kelas pertama terbaik dan katering kelas pertama terbaik.

Tempat kelapan disandang oleh Cathay Pacific yang turut merangkul anugerah untuk hiburan dalam penerbangan terbaik dunia.

Menduduki tempat kesembilan ranking Skytrax ialah EVA Air yang memenangi anugerah kelas ekonomi premium terbaik dunia meliputi reka bentuk dan keselesaan ruang kabin yang diciptanya lebih 30 tahun lalu, manakala tangga kesepuluh pula milik Korean Air. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI