fbpx

Mahkamah: YouTuber Noel Faizal didenda RM2,500 kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – YouTuber Noel Faizal didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki dadah di sebuah kawasan parkir sebuah kondominium, di sini Mac lalu.

Majistret, Muhammad Iskandar Zainol, menjatuhkan hukuman denda terhadap Noel Faizal atau nama sebenarnya Noel Faizal Firdaus Muhamad, 40, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah berkenaan, dia boleh dipenjara selama dua bulan dan tertuduh membayar jumlah berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Noel Faizal didakwa ada dalam kawalan bersama dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 0.68 gram di kawasan parkir sebuah kondominium di Damansara Perdana, di sini pukul 2.15 pagi pada 21 Mac lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Merbahaya 1952 (Pindaan 1980) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

Hukuman itu memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, terdahulu, Noel Faizal Firdaus yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Loh Xian Yee, memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh atas faktor kepentingan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI