fbpx

Bekas kekasih pemain bola ditahan, rosakkan pintu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bekas teman wanita pemain bola sepak Sabah di tahan polis selepas dipercayai merosakkan pintu rumah bekas teman lelakinya itu.

Wanita itu ditahan pada pukul 8 malam, Rabu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, tangkapan dibuat selepas menerima laporan daripada pemain bola sepak itu pada 17 Jun lalu.

“Pengadu mengatakan pintu rumahnya telah dirosakkan oleh bekas teman wanitanya.

“Suspek juga berjaya ditahan oleh pihak polis pada 21 Jun untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pihak polis juga percaya, kes ini dapat diselesaikan dengan tertangkapnya suspek.

Kes ini disiasat di bawah seksyen 427 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihak polis juga turut menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih berhubung kes ini yang telah tular di platform media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI