fbpx

Siti Hajar Lydia dicari bantu siasatan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Hajar Lydia sedang dikesan polis untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B ADB 1952

SUNGAI PETANI – Polis sedang mengesan seorang individu bernama Siti Hajar Lydia Osman, 40, bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, Siti Hajar pemegang kad pengenalan 830722-14-6216 dikehendaki sebagai saksi penting untuk kes tersebut.

“Saksi terbabit gagal dikesan sehingga kini dan alamat terakhir adalah di No. 404 Blok C9 Seksyen 10 Wangsa Maju, Setapak, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang saksi terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Nishamasraaf Mohd Yusoff di talian 011-39944570 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda (04-4299222) melalui sambungan 2123. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI