fbpx

Penyeludup tinggal dua kereta bawa 3,050 liter diesel, petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa tong-tong jerikin yang ditinggalkan di dalam kereta di Kampung Belukar Neting, Pengkalan Kubor dekat Tumpat, Kelantan semalam. FOTO IHSAN KPDN

TUMPAT – Anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas sebanyak 3,050 liter diesel dan petrol bernilai lebih RM6,200 yang ditinggalkan di dalam dua buah kereta di Kampung Belukar Neting, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Kedua-dua kereta itu dijumpai kira-kira pukul 9.55 pagi semasa anggota penguat kuasa KPDN bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor dan Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman menjalankan Ops Bersepadu Mencegah Ketirisan Barang Kawalan.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, semasa menjalankan rondaan, pihaknya melihat dua buah kenderaan berada dalam dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam dua buah kereta itu menemui tong jerikin yang mengandungi 225 liter diesel yang bernilai RM483 dan 2,825 petrol dengan anggaran RM 5,791.

“Siasatan mendapati, kesemua tong yang mengandungi diesel dan petrol itu akan diseludup ke negara jiran. Kedua-dua kereta tersebut yang bernilai RM20,000 turut disita dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI